-
This is default featured slide 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.
-
This is default featured slide 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.
-
This is default featured slide 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.
-
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.
-
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.
KOMSAS : CERPEN
Pendahuluan
Watak utama
1 'Saya' : pencerita
2 Mak Piah: mangsa banjir yang kesepian kerana anak-anak tidak pulang menjenguk
3 Nana: anak bongsu kesayangan Mak Piah
Latar tempat : rumah Mak Piah
: rumah 'saya' ('saya' terdail nombor Mak Piah)
: tanah perkuburan
Tema : kerenggangan hubungan anak-anak dengan ibu lanjut usia
Sinopsis
Tema dan Persoalan
Tema
Kehilangan
sesuatu yang bermakna meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan
seseorang.
Persoalan
1.
Nasib ibu tua yang tidak
mendapat perhatian daripada anak-anak.
2.
Kasih ibu tidak berbelah
bagi.
3.
Menyesal kemudian tiada
gunanya.
4.
Anak-anak yang tidak
bertanggungjawab.
5.
Rasa simpati yang wujud
dalam diri seseorang.
Watak dan Perwatakan
“Saya”
1.
Anak yatim piatu.
2.
Seorang yang sensitif.
3.
Seorang yang prihatin.
4.
Mudah bersimpati.
5.
Baik hati.
6.
Terlalu merindui ibunya.
7.
Mengambil berat terhadap
kehidupan Mak Piah.
8.
Sanggup berbohong kerana
hendak melihat Mak Piah bahagia.
Mak
Piah
1.
Hidup seorang diri di
rumah usang di sebuah kampung.
2.
Mempunyai dua orang anak,
iaitu Nana dan Nubhan.
3.
Seorang yang peramah.
4.
Seorang ibu yang
penyayang.
5.
Seorang yang taat akan
perintah Tuhan.
6.
Kurang pendengaran.
7.
Sangat merindui
anak-anaknya.
Nana
1.
Anak bongsu Mak Piah.
2.
Takut akan suami.
3.
Tidak bertanggungjawab.
Binaan Plot
1. Permulaan
Saya”
hendak menelefon temannya, tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah.
Mak Piah mengadu kepada “saya” yang disangkakan anak perempuannya, Nana, bahawa
orang menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini
berlaku demikian kerana air banjir sudah naik ke paras dada. Tanpa sempat
“saya” memberikan penjelasan tentang dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah
memutuskan talian telefon.
2. Perkembangan
“Saya”
mendail nombor telefon Mak Piah tetapi tidak berjawab. “Saya” bimbang akan
keselamatan Mak Piah. Hal ini berlaku demikian kerana Mak Piah tinggal seorang
diri dalam keadaan banjir. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan
mangsa banjir. Akhirnya, Mak Piah menjawab panggilan telefon “saya”, tetapi
hanya sekejap. Hati “saya” mula resah apabila memikirkan Mak Piah. “Saya” ingin
bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya
yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui
ibunya. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon.
“Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut
kedatangan “saya” dengan gembira. “Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah
bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar
makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa
berbohong. “Saya” minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi
Mak Piah lagi.
3. Klimaks
“Saya”
demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah
seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat
orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Belum pun sempat “saya”
melangkah masuk ke rumah Mak Piah, usungan jenazah dibawa keluar. Saya
mengiringi jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.
4. Peleraian
Anak-anak
Mak Piah, Nana dan Nubhan berasa sangat sedih atas kematian Mak Piah. Mereka
menyesal kerana tidak pulang menjenguk emak mereka semasa banjir. Emak mereka
tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya
selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya ditemui
jirannya.
Latar
Latar Tempat
1.
Kampung.
2.
Rumah Mak Piah.
3.
Rumah “saya”.
4.
Tanah perkuburan.
Latar Masa
1.
Empat hari empat malam.
2.
Lima hari.
3.
Ketika banjir.
4.
Selepas banjir.
5.
Waktu zuhur.
6.
Waktu pagi.
Latar Masyarakat
1.
Masyarakat kampung.
2.
Masyarakat yang prihatin.
3.
Masyarakat yang tidak
bertanggungjawab.
4.
Masyarakat yang
mementingkan kasih sayang.
5.
Masyarakat yang sentiasa
mengikuti perkembangan semasa.
6.
Masyarakat yang terlalu
merindui ibunya.
7.
Masyarakat yang taat akan
perintah agama.
Gaya Bahasa
1.
Bahasa Arab.
Contohnya, Ya Allah; zuhur; assalamualaikum; alhamdulillah;
insya-Allah.
2.
Metafora.
Contohnya, lembah kepiluan; bungkusan takdir; lautan fikir.
3. Simile. Contohnya, Ataukah
agaknya dia bimbangkan bil telefon “anak” ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar kami?
4. Personifikasi.
Contohnya, banjir kali ini menelan dua nyawa; getar
suaranya menggegarkan perasaan.
5.
Peribahasa.
Contohnya, isi hati.
6. Sinkope. Contohnya, Tak apa
Mak Piah, selagi banjir tak surut, insya-Allah, saya
akan temankan Mak Piah.
7.
Repetisi.
Contohnya, Saya yakin sungguh.
Benar-benar yakin!
Nilai dan Pengajaran
Nilai
1.
Kasih sayang
2.
Baik hati
3.
Keprihatinan.
4.
Simpati.
Pengajaran
1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita.
2. Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap kita.
3. Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan
tolong-menolong sesama manusia.
4. Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang, terutamanya nama
baik ahli keluarga sendiri.
5. Kita mestilah berpendirian tegas dalam hal-hal tertentu
terutamanya tentang hak terhadap
ibu bapa kita.
PROGRAM KAYUHAN SANTAI HARI GURU 2013
PROGRAM KAYUHAN SANTAI HARI GURU 2013
TARIKH : 1 MEI 2013
TEMPAT : SMK PARIT BUNGA, LEDANG
JARAK : 38 KM / 20 KM
MULA : 8.00 PAGI
YURAN : RM 25.00
ANJURAN: KELAB WARGA CERIA / PIBG SMK PARIT BUNGA
DENGAN KERJASAMA PPD MUAR DAN AADK DAERAH MUAR
JUGA CABUTAN BERTUAH.......AKAN DIADAKAN.
BERMINAT..SILA BERIKAN NAMA , NAMA SEKOLAH DAN SAIZ BAJU
INFO TERKINI AKAN DIKEMASKINIKAN DARI MASA KE SEMASA.
Bayaran boleh di buat melalui pindahan tunai di bank/ tunai
MOHD LONG BIN HUSSIN
MAYBANK : 101413249637
SMS ATAU EMAILKAN SLIP PEMBAYARAN KE wak_along@yahoo.com
klik - SENARAI PESERTA TERKINI