Buku Teks: Antologi Tingkatan 2 Baik Budi Bahasa, Indah Bahasa
Animasi Cerpen
Direka cipta oleh Myteach Sdn Bhd
Pendahuluan
Cerpen yang termuat mulai muka surat 51 hingga 57, antologi Baik Budi, Indah Bahasa ini disampaikan menerusi sudut pandangan orang pertama. Pencerita menggunakan kata ganti diri 'saya' bagi menggambarkan penderitaan Mak Piah / Nek Piah dalam menghadapi peristiwa banjir secara bersendirian. Penulis cerpen, Che Soo Ismail, 56, kelahiran Alor Setar yang berkelulusan darjah lima sebenarnya sangat dikenali sebagai penulis skrip drama radio (rujuk antologi, muka surat 100).
Watak utama
1 'Saya' : pencerita
2 Mak Piah: mangsa banjir yang kesepian kerana anak-anak tidak pulang menjenguk
3 Nana: anak bongsu kesayangan Mak Piah
Latar tempat : rumah Mak Piah
: rumah 'saya' ('saya' terdail nombor Mak Piah)
: tanah perkuburan
Tema : kerenggangan hubungan anak-anak dengan ibu lanjut usia
Sinopsis
Kisah bermula apabila 'saya' tersalah dail nombor kawannya, Ameera, tetapi disambut oleh suara wanita tua di hujung talian. 'Saya' tidak sempat mencelah kerana mak cik tadi menyangka 'saya' ialah Nana, anaknya, berasa sangat teruja kerana dihubungi. Talian diputuskan. Setelah dihubungi berkali-kali, dia tergesa-gesa meminta 'saya' tidak bimbang. Seperti tadi, talian diputuskan sebaik dia habis bercakap. 'Saya' tertanya-tanya bahkan terasa ingin untuk bersama mak cik tua itu bagi mengubat kerinduan terhadap ibu kandung yang sudah tiada. 'Saya' berdoa agar pertemuan dua kerinduan itu dimakbulkan / menjadi kenyataan. Akhirnya 'saya' berjumpa alamat nombor tersalah dail itu.
Sekumpulan remaja menunjuk jalan ke rumah Nek Piah dalam keadaan banjir yang mencecah paras leher. Mak Piah ceria menyambut 'saya' bersama bungkusan nasi dan lauk yang disangkanya masakan Nana. Mak Piah menjelaskan dia tidak ke pusat pemindahan kerana masalah kencing kerap (selalu buang air kecil). Mak Piah terus memeluk 'saya' sebaik berjanji untuk menemaninya hingga banjir surut. Kemudian 'saya' menyimpan bekalan bahan mentah masakan ke dalam peti sejuk sebelim pulang. Takdir menentukan 'saya' demam selama lima hari sebelum boleh ke rumah Mak Piah sekali lagi. Malangnya, hanya jenazah Mak Piah yang diusung setelah dia tergelincir ketika membersihkan rumah. Di kubur, 'saya' bertemu Nana yang persis wajah Mak Piah. Nana sedih dan kesal, tetapi saya hanya membiarkan Nana meluahkan emosi, lalu memimpin Nana pulang ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan